SEKOLAHKU
      Nama sekolah aku ialah Sekolah Kebangsaan Kempas yang terletak di Jalan Lurah 15, Kampung Kempas Baru, lebih kurang 11 km dari Bandaraya Johor Bahru.

                  Sekolah aku terdiri daripada 3 blok di mana Blok A telah digunakan untuk pejabat, bilik mesyuarat, bilik komputer, bilik tayangan dan perpustakaan. Blok B pula merupakan sebuah bangunan dua tingkat yang mana mengandungi bilik guru dan bilik-bilik darjah. Blok C pula mempunyai bilik-bilik darjah di tingkat 2 dan 3 manakala pada aras bawah pula terletaknya makmal Sains dan bilik Kemahiran Hidup.

                 Sekolah aku telah dibina pada tahun 1983 dan telah ditadbir oleh lebih daripada lima orang Guru Besar. Di antara Guru Besar yang pernah mentadbir sekolah aku ialah Tn. Hj. A. Samad b. A. Kadir, En. Ariffin b. Marsidi dan kini En. Shahbidin b. Abdul Ghafar. Guru Penolong Kanan 1 sekolahku bernama Pn. Noorsihah bt Hj. Derwish manakala Guru Penolong Kanan 2 pula ialah Pn. Hjh. Zainon bt Ujang. Penyelia Petang sekolahku bernama En. Azman b. Md. Amin.

                 Guru-guru yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Kempas ialah seramai 58 orang dan murid-murid pula berjumlah 1296 orang murid. Terdapat dua sesi iaitu sesi pagi bagi murid-murid Tahap 2 dan sesi petang bagi murid-murid Tahap 1. Jumlah kelas yang beroperasi di sekolahku ialah 36 buah kelas pagi dan petang.
 
 
 

                                
                                                                    
 
KEMBALI