PERKAKASAN

Sub tajuk yang boleh dipaparkan :

1. Pengenalan
2. Jenis-jenis komputer
3. Perkakasan dan peralatan
4. Kebolehan dan keupayaan
5. Perisian
6. Lain-lain maklumat

Menu Link

1. Pengenalan

Telah diperkatakan bahawa satu ciptaan muncul apabila ia diperlukan . Komputer – pakej menakjubkan yang terdiri daripada kaca, plastik, logam dan wayar – telah timbul dalam pemandangan semasa hidup kita. Revolusi komputer yang diramal oleh orang yang melihat jauh kedepan telah tiba Revolusi maklumat ini telah membawa perubahan secara menyeluruh dan dramatik kepada cara kita hidup, bekerja dan melihat dunia. Kemajuan dalam teknologi komputer pada hakikatnya akan memastikan bahawa revolusi ini akan menyentuh hidup setiap manusia secara mendalam dan dengan cara yang meransangkan.

1.1 Definisi

Pada dasarnya komputer adalah sebuah mesin yang boleh diaturcarakan supaya dapat menerima data (input) dan dapat melaksanakan pemprosesan untuk menghasilkan maklumat. Perkataan ‘Sistem’ boleh ditafsirkan sebagai suatu set yang terdiri daripada dua atau lebih unsur yang berfungsi secara kerjasama bagai mencapai sesuatu objektif tertentu.
Komputer berasal daripada perkataan latin ‘Computare’ yang membawa maksud mengira. Istilah komputer boleh ditafsirkan sebagai suatu peranti elektronik yang boleh menerima data, mproses data tersebut dengan melaksanakan operasi arithmetik dan logik bagi menghasilkan maklumat yang berguna dan dikehendaki oleh pengguna.
Sistem komputer terdiri daripada bahagian yang dikenali sebagai perkakasan dan perkakasan memerlukan perisian untuk berfungsi. Bagi sistem komputer, kedua-dua komponen itu perlu digunakan bersama-sama bagi membolehkan sistem komputer melaksanakan fungsi pemprosesan data.

1.2 Fungsi-fungsi komputer

Langkah yang diambil oleh komputer dalam menyelesaikan masalah ialah dengan mencapai aturcara tertentu dari cakera atau bahantara storan luaran lain dan menyimpan ke dalam ingatannya. Komputer boleh menjalankan suruhan dari satu aturcara ke satu aturcara yang lain, ianya biasanya menjalankan tiga fungsi asas yang sama berulang-ulang kali – input, pemprosesan dan output. Fungsi ini ditunjukkan dalam rajah dibawah. Gabungan fungsi-fungsi ini dirujuk sebagai kitaran pemprosesan data.
1.2.1. Input : peranti input disambung ke komputer untuk memasukkan
                     bahan mentah kepadanya – fakta atau data yang diproses.
1.2.2. Pemprosesan : pengawalan dan penyimpanan data, perbandingan
                                 berangka, dan pengendalian arithmatik dilakukan ke
                                 atas input untuk mengeluarkan keputusan yang
                                 dikehendaki.
1.2.3. Output : komputer memasukkan hasil yang telah siap, data atau
                        maklumat yang telah diproses ke peranti output yang
                        disambung kepadanya.

* Sila rujuk gambar pada buku bertajuk ' Sistem Perkakasan Komputer'.
1. Komputer membaca aturcara dan menyimpannya dalam
    ingatan. Suruhan aturcara dijalankan, menyebabkan komputer :
2. Menginput data dari cakera, papan kekunci, atau peranti lain.
3. Memproses data.
4. Output hasil ke cekera, pencetak, skrin paparan atau peranti lain.

2. Jenis-jenis komputer

Untuk memilih sebuah PC yang sesuai untuk keperluan dan kegunaan bukanlah satu perkara ynag mudah, namun pengetahuan mengenai spesifikasi komputer terkini dan jenis kerja yang perlu dilakukan dengan komputer tersebut dapat membantu pilihan yang bijak. Terdapat tiga jenis komputer yang boleh digunakan masa ini : analog, digital, dan habrid.
a. komputer analog
    Sejenis komputer yang melaksanakan proses pengiraan dengan
    mengira kuantiti fizikal secara berterusan. Misalnya jam tangan
    merupakan sejenis komputer analog yang mengukur masa secara
    berterusan.
b. komputer digit
    Komputer digit lebih dikenali sebagai Pemprosesan Data Elektronik
    (PDE). Digunakan dengan meluas bagi memproses data dalam bidang
    saintifik dan perdagangan.
c. komputer habrid
    Mengabungkan ciri-ciri yang terdapat dalam kedua-dua jenis
    komputer di atas. Dibina bagi tujuan yang khusus. Misalnya
    komputer yang dibina khas untuk penyelaku sistem peluru berpandu,
    tidak boleh digunakan untuk tujuan lain seperti pemprosesan data
    gaji kakitangan.

2.1. Kategori sistem komputer

Sistem komputer boleh dibahagi kepada tiga kategori :
a. komputer kerangka utama (mainframe)
    - Jenis yang terbesar dan tertua
    - Kini digunakan untuk organisasi besar seperti bank, JHDN, dan
      lain-lain
    - Saiznya besar dan memerlukan sebuah bilik besar
    - Digunakan oleh ramai pengguna dalam satu masa dan boleh
      memproses data serentak dengan pantas.
b. Mini Komputer
    - Lebih kecil dari kerangka utama
    - Bilangan pengguna agak terhad pada satu masa
    - Berupaya menyimpan sehingga beberapa ratus megabait (1
      Megabait = 1 000 000 bait)
c. Mikrokomputer
    - Ini termasuklah komputer peribadi (PC) dan notebook
    - Saiz ingatanya kecil dan kelajuannya rendah.

3. Perkakasan dan Peralatan

Istilah perkakasan biasanya merujuk kepada mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsi-fungsi asas yang terkandung dalam kitaran pemprosesan data. Perkakasan ini sama ada diluar talian – terpisah dan dikendalikan secara bebas daripada komputer atau ia boleh di dalam talian – disambung terus kepada komputer dan dikawal olehnya.

3.1. Fungsi-fungsi perkakasan

Peranti-peranti tertentu yang diperlukan dalm pemasangan komputer ditentukan oleh faktor tertentu seperti saiz pemasangan, komputer dan jenis pemprosesan yang akan digunakan. Biasanya setiap pemasangan komputer memerlukan perkakasan untuk melakukan fungsi-fungsi berikut :

a. Penyediaan dan kemasukan data
Aturcara komputer mestilah dalam bentuk yang boleh dibaca oleh komputer  sebelum ia boleh diinput ke dalam komputer untuk pemprosesan. Terdapat banyak peranti yang boleh menukarkan data daripada dokumen sumber kepada bahantara yangserasi dengan komputer. Antaranya ialah sistem kekunci-ke-pita, sistem kekunci-ke-cakera, dan terminal.

b.Pemprosesan
Setiap komputer mestilah mengandungi unit pemproses yang tujuan utamanya ialah untuk menjalankan suruhan-suruhan dan memproses data. Unit ini terdiri daripada berjuta-juta komponen individu elektrik dan merupakan pusat kawalan bagi seluruh sistem komputer.

c.Storan
Unit storan ini menyimpan suruhan-suruhan dan data yang dikehendaki oleh CPU untuk aturcara yang sedang diprosesdan untuk pengendalian keseluruhan sistem  komputer. Terdiri daripada unit storan primer (juga dikenali sebagai ingantan capaian rawak, RAM) yang pada asasnya adalah satu kawasan storan sementara dan terhad muatannya. Unit storan skunder  - kawasan storan yang lebih kekal disediakan oleh satu atau lebih peranti storan bantu atau storan sekunder.

d. Input dan output
Tanpa mengira jenis, saiz, warna, atau pengilang komputer, terdapat satu perkara yang pasti : Peranti input mesti bersedia untuk menerima data yang dirakamkan dan menghantar data ini kepada komputer untuk diproses. Begitu juga peranti output mestilah bersedia untuk output dataatau maklumat yang telah diproses daripada komputer.

3.2. Komponen-komponen komputer

Model-model komputer piawai terdri daripada beberapa komponen-komponen asas iaitu :

a. Microprocessor (CPU)
    CPU adalah pusat atau otak bagi PC.  Kelajuan sesebuah PC biasanya
    diukur mengikut kelajuan CPU.  CPU terdiri daripada unit kawalan
    (mengawal, menyelaras aktiviti mengikut sesuatu aturcara) dan unit
    aritmetik/logik iaitu ALU (pemindahan data, aritmetik, penyuntingan,
    dan membuat keputusan).

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

b. Drive drives (Pemacu Cakera)
Peranti yang membaca dan menulis maklumat/data ke dalam atau dari komputer. Kepala pemacu cakera berfungsi membaca  dan menulis maklumat/data dari dan ke cakera. Terdapat dua jenis pemacu cakera :

i. Hard Disk (Cakera Keras)
Suatu cakera yang menyediakan ruang storan yang lebih besar dibanding dengan disket untuk menyimpan aturcara dan data. Merupakan perumah kepada unit sistem atau sebagai unit luaran  dalam komputer.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

ii. Floppy Disk  ( cakera liut)
Merupakan peranti yang membolehkan aturcara/data tulis dan baca ke cakera liut. Pemacu cakera ini mengendalikan cakera liut mudah alih dan ia mempunyai muatan storan kurang daripada cakera keras.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

c. Monitor
Skrin pada komputer atau tetingkap yang dapat dilihat ketika melaksanakan sesuatu tugas dalam komputer. Paparan komputer berwarna amat penting untuk penggunaan grafik.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

d.  Printer (Pencetak)
Peranti output yang mana ia membolehkan data atau maklumat yang kita kehendaki dicetak di atas kertas.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

e. Mouse (Tetikus)
Sesuatu peranti kecil yang digunakan untuk memilih arahan, pilihan, memindahkan kursor dan melaksanakan berbagai aturcara dan tugas-tugas yang tertentu dengan hanya mengklik pada butang yang ada pada tetikus tersebut.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

f. Keyboard (Papan kekunci)
Papan kekunci biasanya mengandungi beberapa banyak butang yang bertulis dengan aksara-aksara huruf, angka dan tanda-tanda tertentu. Biasanya berjumlah dari 101 hingga 104 butang bergantung kepada jenama tertentu. Dari sinilah arahan-arahan tertentu diberikan.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

g. Motherboard (Papan Induk)
Merupakan  komponen yang paling utama dalm sesebuah sistem komputer. Rekabentuk sesebuah motherboard brgantung pada pengilang dan pengeluar komputer tertentu.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

h. Scanner (Pengimbas)
Digunakan untuk mengimbas atau menangkap gambar dalam bentuk cetakkan untuk dimasukkan ke dalam komputer. Pengimbas berpontansi tinggi mampu mengimbas daripada negatif filem atau slaid.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

i. Joystik (Kayu permainan)
Joystik adalah sejenis alat seperti gear kereta yang digunakan untuk menyelenggara program permaianan dan juga perencanaan muzik.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

j. AVR (Automatic Voltage Ragulator)
AVR adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal kemasukan aliran elektrik ke dalam komputer.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

k.Modem
Sebuah perkakasan yang menyambungkan komputer dengan talian telefon dan membolehkan komputer tersebut berhubungan dengan komputer lain. Ia menukar isyarat analog kepada digital dan sebaliknya.

* Sila rujuk gambar pada buku ' Sistem perkakasan Komputer'

4. Kebolehan dan Keupayaan

Kebolehan dan keupayaan sesebuah komputer bergantung kepada keseluruhan perkakasan/komponen  di dalamnya. Ianya boleh dilihat melalui spesifikasi yang telah dipamerkan oleh pengilang. Contohnya, adalah lebih baik membeli Intel Celeron 300(A) dengan 4.3 GB Hard Disk, 64MB RAM dan 4MB Video Card berbanding dengan Pentium II yang hanya mempunyai Hard Disk 2.1 GB, 16MB RAM dan 2 MB Vedio Card. Ibaratnya, kereta Wira yang berenjin BMW tentu jauh lebih baik daripada kereta BMW berenjin Wira. Komputer 80486 DX-4 dengan Pentium berbeza kebolehan dan keupayaannya :
Spesifikasi 80486 DX-4    Spesifikasi Pentium
Kelajuan jam (MHz) : 25/75, 33/100  Kelajuan jam (MHz) : 133, 400
Jumlah transistor : 1.2 juta   Jumlah transistor : 3.1 juta
Lebar Bas Dalaman : 32 bit    Lebar Bas Dalaman : 64 bit

5. Perisian

Perisian boleh ditafsirkan sebagai kesemua jenis aturcara dan rutin yang berfungsi mengarahkan serta melaksanakan kesemua aktiviti pemprosesan sistem komputer. Secara umumnya perisian komputer terbahagi kepada dua jenis utama iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.

5.1. Perisian Sistem
Terdiri daripada aturcara –aturcara bantuan yang disediakan oleh pengeluar komputer. Ianya bertujuan membolehkan sistem komputer dikendalikan dengan cekap. Perisian sistem terdiri daripada sistem pengoperasian, perisian utiliti, perisian tujuan khas dan penyusun/pentafsir.

5.1.1. Sistem pengoperasian
Sekumpulan lengkap modul aturcara yang digunakan untuk mengawal bidang kerja setiap sumber sistem komputer agar berfungsi dengan teratur dan tertib semasa perlaksanaan pemprosesan data. Terdiri daripada dua jenis sistem pengoperasian :

i. Sistem Pengoperasian Hakmilik
Contoh OS/2 iaitu sistem pengoperasian hakmilik bagi kmputer peribadi dan IBM PS/2 tidak boleh digunakan oleh komputer peribadi jenis lain daripada IBM.

ii. Sistem Pengoperasian Sepunya
Digunakan oleh sistem komputer berlainan pengeluar. Contohnya MS/Dos digunakan oleh berbagai-bagai komputer peribadi. Aturcara yang ditulis dengan menggunakan sisten pengoperasian sepunya boleh dilarikan oleh mana-mana komputer yang menggunakan sistem pengoperasian yang sama tanpa memerlukan sebarang pengubahsuaian besar ke atas aturcara tersebut.

5.1.2 Perisian Utiliti
Berfungsi menyediakan berbagai-bagai kemudahan bagi aturcara yang kerap diperlukan oleh pengguna. Terdiri daripada aturcara-aturcara  berikut:
i. Aturcara Pemuatan – memuatkan modul-modul aturcara penggunaan
                                     ke dalam ingatan.
ii. Aturcara Pemuat – menghubungkan sesuatu modul aturcara
                                  penggunaan dengan  modul aturcara penggunaan
                                  yang lain.
iii. Aturcara Penyuntingan dan Penyah pepijat – menyunting dan
                                                                            membentukkan
                                                                            arahan-arahan aturcara.
iv. Aturcara Penyisih dan Pencantum – menyisih dan menyantum data.

5.1.3 Perisian tujuan khas
Digunakan bagi menambah keupayaan sistem pemgoperasian dan menyediakan perkhidmatan yang khusus kepada setiap aturcara penggunaan. Contohnya sistem pangkalan data (Dbase IV) bagi menguruskan fail, aturcara kamus data yang digunakan bagi mentafsir ciri-ciri kesemua data yang terkandung data, dan aturcara pertanyaan yang menyediakan kemudahan paparan dan cetakan data yang terdapat dalam sistem fail kosong.

5.1.4. Penyusun dan Pentafsir
Setiap aturcara ditulis oleh pengaturcara dan dibaca atau diletakkan ke dalam Unit Pemprosesan Pusat untuk ditarkrifkan. Aturcara yang ditulis oleh pengaturcara dikenali sebagai aturcara sumber. Aturcara sumber mengandungi penyata-penyata pengaturcaraan dalam bahasa simbol dan perlu diterjemahkan ke bahasa mesin (dalam bentuk penduaan ‘0’ dan ‘1’) agar dapat ditakrif oleh komputer.

5.2 Perisian Aplikasi
Komputer tidak begitu berfaedah tanpa aplikasi di dalamnya. Perisian ditulis pengaturcara yang tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan komputer dengan mencipta arahan dalam bahasa pengaturcaraan khas. Terdapat banyak jenis perisian aplikasi antaranya :

a. Perisian Pangkalan Data
Perisian ini mengatur, menyimpan dan mendapat semula maklumat atau data yang saling berkait. Contoh perisian pangkalan data ialah Access, Foxpro,Paradox dan dBase.

b. Perisian Lembar Sebaran
Perisian ini menguruskan maklumat kewangan dengan menghitung, melakar graf dan menyimpan data. Ianya juga boleh membuat sedikit spekulasi tertakluk pada keadaan ‘bagaimana kalau’ yang membolehkan pengguna menguji alternatif strategi perniagaan. Contohnya Excel, Lotus 123, dan Quattro Pro.

c. Perisian Pemprosesan Kata
Perisian pemprosesan kata membolehkan pengguna mewujud dan menyunting dokumen. Oleh sebab input bertaipnya diwakili secara elektronik, maka pengguna boleh membaca, menyunting, dan membetulkan teks tersebut. Contohnya Wordpro, Word Perfect dan Microsoft Word.

d. Perisian Penerbitan Desktop
Aplikasi ini membolehkan pengguna menambah gambar dan grafik atau menyerlahkan teks dengan ciri format khas. Perisian ini membuatkannya mudah mewujudkan risalah, edaran dan dokumen lain yang boleh menandingi bahan penerbitan profesional. Contohnya, Pagemaker, QuartxPress dan Venture.

e. Perisian Persembahan
Perisian ini membenarkan pengguna mewujudkan tayangan slaid termasuk edaran dan nota penceramah. Jenis-jenis slaid termasuk carta organisasi, jadual, dan graf. Contohnya, Powerpoint, Harvard Graphics.

f. Perisian Seni Grafik
Perisian seni grafik membolehkan pengguna mewujudkan dan memanipulasi gambar dan imej lebih pantas daripada yang boleh dilakukan terhadap media tradisional. Imej tersebut boleh digunakan dalam iklan, risalah serta dalam animasi dan filem. Contohnya, CorelDraw, FreeHand.

g. Perisian Komunikasi
Persian ini membenarkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain melalui Lan (Rangkaian Kawasan setempat), atau melalui talian telefon menggunakan modem. Contohnya, Procomm Plus dan WinFax Pro.

6. Lain-lain maklumat

6.1 Sistem aliran keluar masuk maklumat dikalangan rangkaian
      peralalatan komputer.

Setelah mengenali secara ringkas perkakasan/peralatan komputer, maka berikut ini diterangkan pula bagaiman sesuatu maklumat itu mengalir dari satu komponen yang lain.
Bagi menjadikan sesebuah sistem komputer itu berfungsi, ia memerlukan empat kawasan utama bagi menyimpan data – Aliran Masuk, pemprosesan, Aliran Keluar dan simpanan atau storan. Peralatan komputer bertanggungjawab terhadap keempat-empat keperluan di atas beroperasi seperti berikut :-

a. “Keupayaan Aliran Masuk” menerima data dalam bentuk dimana
    komputer boleh menggunanya dan menghantar data tersebut kepada
    unit pemproses.

b. “Pemproses” adalah litar elektronik yang menggayakan kemasukan
    data ke dalam maklumat yang dikehendaki. Unit Pemprosesan Pusat
    menyelenggarakan perintah-perintah komputer. Ingatan yang
    terdapat pada unit ini menyimpan secara sementara data berkenaan
    dan perintah-perintah program yang diperlukan oleh Unti
    Pemprosesan Pusat.

c. “Keupayaan Aliran Keluar” menunjukkan kepada pengguna
    data-data yang telah diproses dalam bentuk yang digunakan.

d. “keupayaan Simpanan tahap kedua” adalah unit-unit yang erasingan
    daripada peralatan komputer yang mana ianya boleh menyimpan
    data dan program-program tambahan. Keupayaan ini merupakan
    Ingatan tambahan.

Secara mudahnya dapat diambil kesimpulan bahawa :
i. Pengguna memberikan arahan melalui papan kekunci.
ii. Arahan tersebut diproses pada Unit Pemposesan Pusat.
iii. Maklumat-maklumat dikeluarkan oleh program-program yang
     didapati tersimpan pada cakera.
iv. Serentak dengan itu maklumat tersebut dipaparkan pada paparan
     video sebagai panduan kepada pengguna.
v. Setelah maklumat tersebut diproses, ia tersimpan dalam cakera
    dan/atau dihantar ke mesin cetak untuk dicetak.

6.2. Virus Komputer

   Virus sebenarnya berasal dari perkataan latin yang bermaksud ‘racun’. Virus komputer sebenarnya adalah satu atur cara atau perisian komputer yang mempunyai kebolehan melipatgandakan bilangan virus, yang boleh melekat (Attach) pada aturcara lain dan menggangu sertamembinasakan fail-fail data. Apabila komputer berkongsi peralatan dan cakera liut, maka peluang untuk merebakkan virus lebih luas.
Jenis-jenis virus terbahagi kepada dua bahagian – Shell (kulitnya) mengandungi kod yang melipatgandakan bilangan virus..- Body (tubuhnya) mengandungi kod yang boleh mengaktifkan virus berkenaan pada masa tertentu (preset time).

Disediakan oleh:   MOHD. FUAD B. SALLEH
                           ( Adzreen Fazwin )
 
 [ Nota-Nota Penting ]