Pengalaman di Bidang
Komputer
 
 
          Mula memegang komputer secara rasmi semasa menjadi guru pelatih di     MPSAH iaitu pada tahun 1988-1990.  
        Perisian yang digunakan ialah Wordstar, Lotus, Dbase, Formtool, Fontasy, Printshop, Newsmaster dan Banner. Pensyarah yang mengajar saya komputer pada ketika itu ialah En. Abd. Rahim dan En. Ruzlan. 
            Menyempurnakan tugas-tugas yang diberi oleh Guru Besar menggunakan perisian-perisian di atas. Ini termasuklah membantu menaip surat pekeliling, borang-borang tertentu, jadual, data-data murid dan staf serta maklumat ke Jabatan Pendidikan Negeri.
             Dilantik sebagai guru data dan guru maklumat oleh pihak sekolah dan dipertanggungjawabkan untuk mengisi maklumat murid yang akan menduduki 
peperiksaan UPSR dan PTS, mengisi markah-markah yang diinginkan oleh pihak-pihak berkenaan, mengisi maklumat guru dan sekolah serta banyak lagi.
             Mendapat tawaran berkursus komputer selama 14 minggu di Maktab Perguruan Batu Pahat yang mana kursus tersebut dikenali sebagai Komputer Dalam Pendidikan. Dapat mempelajari banyak perkara yang baru dari pensyarah-pensyarah dan teman-teman yang pakar dan mahir di bidang masing-masing.
KEMBALI