Make your own free website on Tripod.com
 HOBI-HOBI-HOBI-HOBI-HOBI
 
 

                     Saya mempunyai beberapa hobi sama seperti orang lain juga. Pertama sekali, hobi  saya yang paling utama ialah saya suka makan. Jika dilihat dari bentuk fizikal saya, mungkin orang lain akan berasa pelik dan seakan-akan tidak percaya apakah benar saya gemar makan. Ha....jangan salah sangka, saya suka makan di dalam kuantiti yang kecil tetapi di dalam kekerapan yang banyak. Okay, apa macam? Boleh percaya?

              Hobi saya yang kedua ialah saya gemar tidur. Bukannya tidur setiap masa tetapi tidur apabila tidak ada kerja yang penting hendak dibuat. Hmmmm......pada waktu lapanglah tu...

             Oh ya, satu lagi hobi saya yang tidak kurang hebatnya ialah saya gemar menyanyi. Tidak kira apa lagu yang saya suka dan terlintas di dalam kepala, akan saya nyanyikan. Walaupun suara saya seakan-akan katak yang tak kena hujan setahun, namun saya tetap akan menyanyikan lagu itu. Paling teruk pun sekadar melagukan irama  lagu tersebut... Jadi, bersedialah penyanyi-penyanyi pop sekarang terutama Siti Nurhaliza dan Ziana Zain. Awas...

              Hobi saya yang terakhir ialah saya  juga  gemar  menonton
televisyen. Saya tidak memilih cerita yang hendak saya tonton dan tidak pernah cerewet. Kadangkala, saya menonton cerita Melayu, Inggeris, Mandarin, Hindustan malah Tamil. Jika terpaksa, kartun pun kira okey le tu...
 

 
KEMBALI